Selamat Datang


Selamat datang ke Sistem OnPay untuk Aryaf Taibah.





Aryaf Taibah
#FromMadinahWithLove

Aryaf Taibah Resources Malaysia adalah syarikat Bumiputra Muslim yang diinspirasikan daripada Aryaf Taibah Madinah, sebuah ladang kurma di Madinah al Munawwarah, terdapat taman yang indah di dalamnya dan pepohonan kurma yang  menghasilkan kurma bermutu tinggi dan 100% semulajadi.

Aryaf Taibah Madinah diuruskan oleh keluarga Ahli Madinah terkenal kabilah Arab penanam kurma sejak bergenerasi iaitu Keluarga al Raddadi dan kabilah sahabat Nabi SAW iaitu Keluarga al Jihany. Juga memiliki perusahaan hotel dan syarikat sektor pembinaan di Madinah, kini, Aryaf Taibah mengorak langkah memasuki pasaran Malaysia, Indonesia, Brunai dan Singapura.

Aryaf bermaksud Desa dan Taibah adalah antara nama gelaran kepada Madinah. Aryaf Taibah komited dalam menyampaikan permata kurmanya khusus untuk rakyat Malaysia yang cintakan keaslian kurma dari Tanah Haram Madinah dan tanpa campurtangan baja kimia atau ubat pembesaran.

Matlamat kami adalah membawa segala kebaikan buah tamar dan cenderahati khusus dari bumi Madinah ke rumah dan hati setiap daripada Anda Pencinta Perindu Madinah al Munawwarah. 

Dengan bersama kami, anda mendapat harga produk istimewa mampu milik dan anda juga berpeluang menjana ekonomi diri dan keluarga, disamping menyumbang  secara tidak langsung kepada pembangunan ekonomi Madinah al Munawwarah melalui Aryaf Taibah Madinah.

Ladang kami adalah ladang anda. Anda dijemput ke taman di dalam ladang kurma kami bila bila masa sahaja apabila anda berkunjung ke Madinah al Munawwarah.
Bantuan